Cerita ini mungkin sebagai pembakar semangat untuk memotivasikan diri saya dan pembaca semua...
Apabila kita
memilih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan, jatuh, ditipu dan lain-lain masalah
adalah perkara biasa, Jadi cuba-cubalahlah biasakan diri dengan perkara yg
perit dalam hidup supaya jiwa kita menjadi kental.
Perkara seumpama ini telah berlaku kepada seseorang yang bakal menjadi sebahagian dari hidup saya. Dan sehingga saat ini saya masih berada disisi beliau dan tidak pernah berputus asa memberi semangat kepadanya untuk bangun dari kegagalan.
Jadikan cerita ini sebagai langkah permulaan dan pembakar semngat untuk bangkit dari setiap kegagalan.....
Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya..Ayuh! Kembali Berjuang
*********************************KISAH HELANG *********************************
Helang merupakan
sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh
mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus
membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. Ketika
helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan
membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat
kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu
terbang.
Pada masa itu, helang hanya
mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian, atau mengalami suatu proses
transformasi yang sangat menyakitkan – suatu proses transformasi yang panjang
selama 150 hari. Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras
terbang ke atas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi gaung,
berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.
Pertamanya, helang harus mematukkan
paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya,
kemudian berdiam beberapa lama untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan
paruh yang baru tumbuh itu, dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan
ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi
satu.
Satu proses yang panjang dan
menyakitkan. Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh.
Helang mula dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut
mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga!
Dalam kehidupan kita ini, kadangkala
kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan
sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan
lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan
dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar
kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.
Hanya bila kita bersedia melepaskan
beban lama, membuka diri untuk belajar perkara-perkara yang baru, kita baru
mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam,
mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.
Halangan terbesar untuk berubah
terletak di dalam diri sendiri dan andalah penguasa atas diri anda.Jangan
biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita
harus berubah!
- Berdoalah pada Allah, jgn lupa yang memberikan rezeki itu adalah Allah s.w.t
- setiap hari sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa ( sama ada mereka masih hidup ataupun tidak)
mudah-mudahan Allah melapangkan rezeki untuk kita,
- Sentiasa berfikiran positif dan menerima hakikat
- Amalkan bersolat dhuha setiap hari...
No comments:
Post a Comment
Feel free sharing your thoughts here....