Untuk membuat bunga tisu seperti di atas, langkah-langkahnya adalah seperti berikut.
Sila rujuk gambar-gambar di bawah ini... :)
Bahan-bahan yang di perlukan adalah seperti :
- Gunting
- Wire lembut
- Crepe paper (boleh dibeli di kedai stationaries)
- Green tape
![]() |
Crepe paper di potong dan susun beberapa lapis..... 8 hingga 10 lapis |
Lipatkan kertas tadi, seperti lipatan membuat kipas kertas.............
Apabila selesai melipat....ikat dengan dawai seperi dalam gambar diatas
Selepas itu, guna gunting untuk memotong kedua-dua belah bahagian menjadi bentuk lengkung
Langkah seterusnya, buka kertas yang dilipat tadi seperti gambar diatas
Buka lapis demi lapis kertas crepe tadi dengan perlahan-lahan, jangan sampai terkoyak
Buat sampai habis, dan bunga tersebut akan menjadi seperti ganbar di atas
Gambar bunga crepe yang telah siap
Mudahkan.... Selamat mencuba!!!!
No comments:
Post a Comment
Feel free sharing your thoughts here....