Tuesday 6 November 2012

Berfikirlah sesuatu yang baik-baik

Sering saya terfikir apabila mengenang kata-kata tunangan saya... saya kagum dengannya walaupun dia bukan dari golongan orang terpelajar tetapi beliau betul-betul seorang yang sangat berfikiran positif dan tidak pernah menjadi seorang yang pesimis.. Itu hakikat yang saya perlu akui.

Suatu hari ketika dia memandu dan saya disebelahnya bercerita mengenai sikap sesetengah orang yang selalu mencari kesilapan orang lain tetapi hakikatnya mereka yang bersikap sedemikian, juga pernah melakukan perkara yang sama.

Dia mula menasihati saya kenapa perlu saya harus menjadi seorang yang tahu menilai diri sendiri dan orang lain. Kenapa perlu saya menyibukkan diri memikirkan tentang sikap orang lain tetapi katanya saya seharusnya memikirkan sikap saya sendiri. Soalnya pada saya adakah pernah awak menyakiti orang lain, pernahkah saya berkasar dengan orang lain?

Tak perlu membesarkan perkara yang kecil... kerana perkara-perkara sebegini sering berlaku dalam kehidupan kita. Katanya dalam kehidupan kita ini awak perlu mengetahui ada 3 jenis orang.

'' Jenis orang biasa-biasa ''
Orang biasa adalah mereka yang hidupnya masih berada di takuk lama tetapi sibuk mencari kelemahan dan kasalahan orang lain. Orang yang sering menyalahkan orang lain adalah seorang yang pessimistik.


'' Jenis orang yang sederhana''
Orang yang sederhana adalah seorang yang sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya menjadi seorang yang lebih baik dan terus berusaha meningkatkan taraf hidupnya.


'' Jenis yang yang cemerlang dan hebat''
Orang yang berjaya pula ada orang yang sentiasa berlari mengejar cita-citanya tanpa menghiraukan kata-kata negatif dari orang lain yang melemahkan semangat kita''


Jika saat ini kita memilih untuk berubah kepada kehidupan yang lebih baik,kenapa kita harus berfikir 2 kali untuk melakukan suatu perubahan positif pada diri kita sendiri. Jangan terus-terusan merangkak dan berjalan tetapi cubalah belajar untuk berlari pula.

Mulai hari ini marilah kita berkata-kata mengenai sesuatu yang baik-baik, menjadi seorang yang berani dan sentiasa berfikiran positif. Tiada masaalah yang tidak boleh diselesaikan....semuanya atas kemahuan diri kita sendiri









No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...