Wednesday 12 December 2012

Garam Bukit Sebagai Penawar

Kelebihan Garam  

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

 
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan )
 dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
 
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Hadis riwayat Ibnu Majah
” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”
Hadis riwayat Al – Bazzar.

 

Khasiat Garam Bukit Dalam Perubatan 

Garam bukit membantu melancarkan perjalanan darah, menyembuhkan masalah saraf - kebas, sihir/santau/saka, pagar rumah, masalah ketagihan, lemah badan,migrain, buang toksin, sakit lutut, gout dan mampu memulihkan pesakit yang lumpuh.

 
Garam Sunnah dan Pengamalannya.
Ambil secubit garam guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). 
 
Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya.
 
Amal sebelum dan selepas makan dapat meghindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).

Atau melalui cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.
 
 
GARAM BUKIT RENDAMAN KAKI 
1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
 
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
 
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
 
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
 
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
 
6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
 
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
 
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping    mengaktifkan perjalanan darah
 
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout, dan mampu menyembuhkan barah



KHASIAT AIR MANDIAN GARAM BUKIT

Amalan mandi dengan air garam bukit dapat mengembalikan kesegaran serta dapat  merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.
 
 
GARAM BUKIT  SEBAGAI PENAWAR  RESDUNG
Masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya


AMALAN DAN CARA MENGUBATINYA

Ambil satu sudu teh garam (terutamanya garam bukit dicampurkan dengan semangkuk air suam). Garam adalah salah satu agen antiseptik; pembunuh kuman yang aktif

Kemudian bacalah al Fatihah, ayat Qursiy dan Selawat syifa' 3x
Tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat untuk kesihatan 'hidung'.

Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') dan keluarkan beberapa kali.

Ulang dan amalkan 3 kali sehari sehingga penyakit reda
Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini

Akhir sekali bertawakkal kepada Allah kerana yang menyembuhkan segala sesuatu adalah dari Allah... Insya Allah anda akan sembuh.
 
 
GARAM BUKIT SEBAGAI RAWATAN MENGHINDARKAN MAKHLUK HALUS

Rasulullah saw melarang kita untuk menyimbah air panas dari tempat tinggi takut menyakiti dan menzalimi jin-jin (makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia)

Ini bermakna air panas mampu menyakitkan jin-jin di alam ghaib, maka kaedah merendam kaki dengan air suam berisi garam mampu menyakitkan jin-jin yang ZALIM yang berada didalam badan manusia.
 


 




1 comment:

  1. assalam, garam bukit jenama ape yg elok utk rawatan yg awk sebut tu.

    ReplyDelete

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...