Thursday 6 December 2012

Kedah Negeri Saya...

Salam semua selamat berhujung minggu...

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang antara tempat-tempat menarik yang anda harus lawati jika berkunjung ke Negeri Kedah...

Kedah negeri kelahiran saya yang jauh nun di utara semenanjung Malaysia, di mana saya berasal dari kawasan kampung terpencil yang di kelilingi sawah padi luas saujana mata memandang dan kawasan kebun getah yang menghijau cantik sangat tau...

Saya mulakan dengan gambar yang pertama... ini kawasan kampung saya gambar yang saya uploadkan dari google map.. Gambar menunjukkan ketika ini belum lagi musim menanam padi, luas tak kawasan sawah..itu baru kawasan keliling rumah saya saja..


Beginilah keadaan waktu pagi di kampung... kalau nak teringin nak menikmati suasana pagi macam ni, kenalah balik selalu kat kampung..memang best!!


Dan macam nilah rupanya bila padi dah masak dan sedia untuk di tuai, zaman ketika saya masih kecil dulu saya paling takut tengok mesin padi...kerana saya rasa macam ada gergasi besar masuk kampung...pastu orang ramai akan tunggu tepi bendang  tengok sampai mesin tu habis mengerat pokok padi...dulu padi tidak terus dimuatkan ke dalam lori padi seperti sekarang.

Orang -orang kampung dahulu  akan sediakan satu tikar besar yang dijahit dari guni-guni baja dan bentangkan di atas rumput kemudian mesin akan mengeluarkan padi dari mesin dan dituangkan ke atas tikar tadi. Waktu yang dinanti-nantikan adalah budak-budak mencari dan mengutip belalang selepas padi di tuangkan ke atas tikar. Belalang dimasukkan ke dalam botol atau tempurung, untuk apa??? Hehe belalang itu kami akan gunakan untuk memancing di sungai...



Inilah gambar pokok padi...daun pokok padi pula lebih kurang macam daun serai jugak, tajam dan miang. Saya masih ingat lagi arwah bapa saya akan potong batang pokok padi dan dia buatkan serunai untuk kami adik beradik...

Ok dah dah habis dah tentang cerita kampung saya... saya nak tunjuk lain-lain tempat menarik di Negeri saya.



Bukit Kayu Hitam Duty Free Zone


Sempadan Malaysia-Thailand ( pintu masuk ke Negara Thailand) di sini jika anda tidak berniat untuk masuk bershopping di Danok, boleh lah berhenti sekejap membeli belah di Duty Free Zone.. Disini barang yang anda boleh beli adalah seperti beras wangi, beras pulut,chocolate, kacang tin, Narita(toto),baju, jeruk dan asam. Kalau nak masuk dalam jangan lupa pastikan pas sempadan ataupun passport anda tidak luput tarikhnya ye...



Pulau Langkawi
 
Langkawi antara pulau yang disenaraikan antara pulau tercantik didunia.. walaupun saya berasal dari negeri yang sama, saya jarang berkunjung ke sini. Orang selalu kata kalau dekat tak pandanglah... asyik berangan nak pergi tempat lain ja.

 Selamat Datang ke Langkawi...The Legendary Island of Mahsuri
Mungkin this is the best quote orang-orang Langkawi menyambut pelancong-pelancongnya


Antara pulau-pulau cantik yang tedapat di Langkawi

Berkereta Kabel Gunung Mat Cincang

Jika anda orang dari Malaysia..jangan lupa tunjukkan Mycard anda ketika membeli tiket.
Anda akan memperolehi potongan harga tiket sebagai warganegara, warga emas dan OKU



Ladang Anggur, Empangan Tasik Beris Sik




 Tak terujakah anda selepas melihat gambar-gambar ini...???
Saya akan selalu bermimpi untuk makan anggur-anggur ini....Nak makan semuanya!!!



Bandaraya Alor Setar, Ibu Negeri Kedah


Di Alor Setar ada beberapa tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi seperti Menara Alor Setar, Di  menara ada sebuah restoran berputar, jadi bolehlah anda makan sambil melihat kawasan di sekitar bandar Alor Setar. Antara tempat-tempat lain yang menarik sekitarnya seperti Masjid Zahir, Balai Nobat, Istana Lama, Muzium Negeri, muzium Padi di Gunung Keriang, Pekan Rabu, Rumah Kelahiran Perdana Menteri dan lain-lain. Kalau belum pernah sampai ke Alor Setar, boleh datang dan melawat ke tempat-tempat ini.

Saya akan menyambung lagi  untuk entri kali ini.... menunjukkan kepada anda tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Kedah...


Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai negeri saya ini  klik di link ini http://www.visitkedah.com.my/






2 comments:

  1. Cik Shaana, saya pun orang Kedah juga meminati buah2an tempatan macam cik juga. Boleh bagitau, sekiranya terdapat buah Asam Kandeh ditempat cik. saya sedang berusaha menulis buku berkenaan buah2an tempatan. Baru ada dalam koleksi saya 100 jenis. Terima kasih
    Mohd. Rodhi Puteh

    ReplyDelete

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...