Wednesday 27 March 2013

Makanan Sunnah Menjadi Kegemaran Rasulullah

KURMA..SUSU..CUKA..AIR & TEMBIKAI KEGEMARAN RASULULLAH


Rasulullah s.a.w amat menyukai meminum madu yang dicampur denagn air sejuk.

Sejuk itu bukanlah bermakna air yang diletakkan kedalam peti sejuk tetapi rasulullah membiarkan air tersebut semalaman dan meminumnya keesokkan harinya. Baginda rasulullah mengamalkan meminum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Malah baginda rasulullah juga menyebut berkenaan air sejuk didalam doanya yang bermaksud,

'' Ya, Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu
Yang lebih besar dari cinta ku kepada Nyawa, Harta, Anak 
Dan Cintaku kepada Air Sejuk''

Selain dari itu juga Rasulullah juga tidak pernah menjamah makanan ketika ia masih panas. Dari riwayar ad-Darimi yang disampaikan oleh Asma r.a, selepas beliau memasak makanan maka dia menutupnya terlebih dahulu sehingga hilang kepanasan. Dan apabila dia ditanya kenapa dia menutupnya, kemudian beliau berkata;

 Aku telah mendengar  bahawa Rasulullah telah berkata;
 '' Sesungguhnya cara lebih besar keberkatannya''



Antara kebaikkan mengamalkan makan dan minum mengikut sunnah rasulullah s.a.w ini adalah:-

  • Dapat menghilangkan kahak & lendir
  • Mencuci perut
  • Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal dalam perut dan menolaknya ke usus besar
  • Menghilangkan senak dan sedu
  • Membaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati



Selain itu antara makanan yang turut menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W adalah seperti kurma, susu, cuka, air sejuk, dan semua jenis tembikai.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
  • Barangsiapa didalam rumahnya tiada mempunyai tamar, rumahnya seperti tiada makanan. Tamar juga sangat baik diamalkan semasa mengandung.

  • Susu dapat menghilangkan haba dari hati sama seperti jari yang menghilangkan peluh pada kening, ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan dan menjauhkan daripada nyanyuk.

  • Rasulullah suka makan cuka bersama minyak zaitun
 
  • Air sejuk. Minuman yang terbaik adalah air, apabila kamu dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah boleh menyebabkan kesihatan pada paru-paru

  • Semua jenis tembikai, tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik kelakuannya.

-- sekian, saya sekadar berkongsi ilmu --

No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...