Wednesday 27 March 2013

Pokok-pokok herba & bunga Ibu saya....

Salam sejahtera buat semua....apa kabar? Minggu cuti sekolah datang lagi, mesti banyak majlis kenduri kendara dan jemputan perkahwinan tak terlarat nak pergi. Alang-alang dah ada undangan tu tak salah kalau pergi sekejap walaupun perut dah penuh.

Minggu cuti sekolah ni,budak sekolah lah yang paling gembira tetapi bagi saya yang bekerja sendiri mesti banyak perkara yang nak di selesaikan terutama mengenai perkara yang berkaitan dengan perniagaan, banyak juga potential clients yang perlu saya jumpa.

Jadi ada masa terluang di rumah, saya suka melihat pokok-pokok yang ibu saya tanam, saya mengaku ibu saya walaupun dah warga emas umur dia 72 tahun masih kuat, sihat dan memang ibu tak reti nak duduk saja.. ada saja kerja yang dia nak buat.

Saya ni lebih suka kepada menanam pokok-pokok herba yang mempunyai khasiat perubatan, daripada menanam pokok-pokok bunga.. Manakala bakal mak mentua pulak rajin menanam pokok bunga, pernah dia bagi sepasu pokok bunga kepada saya dan suruh saya tanam. 

Mungkin ada antara pembaca yang pernah melihat pokok ini, saya panggil pokok ini pokok kapur barus, setakat ini saya percaya dan tahu khasiat pokok herba jenis ini sangat baik bagi merawat penyakit kulit, seperti penyakit kurap, eczema, jerawat, ruam-ruam di badan, juga dapat menghilangkan parut demam campak dan parut jerawat.

Caranya mudah saja, selalunya saya ambil beberapa helai daun pokok ini dan sedikit kapur makan dan hancurkan daun ini dengan menggunakan tangan. daun ini sedikit berair dan ada sedikit bau. Jadi bila dah hancur tempekkan daun tadi tempat penyakit kulit tadi. Amalkan selalu insha allah penyakit tersebut beransur pulih.

POKOK KAPUR BARUS
 Selain dari itu khasiat pokok herba ini juga sangat baik bagi memulihkan penyakit batuk dan juda penyakit asma.



POKOK CEKUR

Ini pula pokok cekur ibu saya, tengok daunnya penuh sepasu.  Pokok ini juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Selain mempunyai rizom seperti kunyit yang boleh dibuat minyak angin, pokok cekur juga boleh dibuat ulam.

POKOK NENAS BATU
Pokok nenas ini sangat cantik jika dibuat pokok hiasan, kerana berbuah kecil dan comel. Antara khasiat buah nenas batu ini adalah sebagai penawar penyakit batu karang. Kisar buah ini dan minum jusnya.

POKOK KADOK
 Daun pokok ini lebih kurang macam pokok sireh, daun nya sangat sedap dibuat ulam sebagai awet muda.

BUNNGA RAYA PUTIH

LIDAH BUAYA


POKOK MENGKUDU

POKOK MISAI KUCING
POKOK BUNGA MELUR


SAYA RASA INI POKO SETAWAR KOT


JAMBU ROS



Antara pokok-pokok bunga yang ibu saya tanam, ada yang saya tahu namanya dan ada juga yang saya tak tahu nama... hehe tengoklah.

























POKOK CABAI PUTIH

POKOK SIREH


CILI PADI


  
POKOK KELADI HIASAN


 Pokok ini bunganya dibuat sebagai pewarna  biru untuk nasi ulam..



POKOK DAUN ASIN-ASIN

14 comments:

  1. smngat bila tanam susah istiqamah nk jaga..itu lah saya..huhu..

    ReplyDelete
  2. ye saya pun mcm tu... rajin nye pun sekejap saja

    ReplyDelete
  3. gambar pokok yang nombor 11 tu memang pun poko setawar.

    ReplyDelete
  4. gambar pokok yang nombor 11 tu memang pun poko setawar.

    ReplyDelete
  5. ada lagi ke nenas batu tu.....mintak beli leh tak.....

    ReplyDelete
  6. mintak beli nenas batu tu leh tak....

    ReplyDelete
  7. boleh kalau awak nak beli pokok nenas batu. Sila tinggalkan nama & alamat awak ke inbox saya. Nnti saya akan hbungi awk semula

    ReplyDelete
  8. seronok tengok orang yang suka tanam2 pokok..kat umah cuma ada beberapa pokok bunga...itu pun tak berapa terurus..weekend boleh la nak trim or kemas pasu yang ada..hehe...

    ReplyDelete
  9. Slm Gdah... ya lah kalau kita rajin letak baja lagi byklah pokok itu makin ber berbunga...itu yg paling saya suka. Tapi baru-baru ni pokok herba ibu saya dicuri org...marah dia bukan main. Antara yang hilang kunyit hitam, halia bara dan cekur hitam.. semua tu pokok ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saya dapatkan sedikit benih pokok patawali

      Delete
  10. salam nada....
    pokok patawali tu yang mana satu...? kalau awk kembali ke laman blog saya boleh bgtau saya awk nk benih pokok yg mana satu atau smskn kpd sy di 0194616 770.

    ReplyDelete
  11. Salam

    Nak beli pokok nenas batu... Ada stok lagi ke?

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum sis.. tlg pm saya 0135206193
    saya mencari pokok kapur barus ..dari kedah sampai pahang saya xjumpa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm naim, kak baru bc nanti akak akan hubungi awk. Awk dari mana?

      Delete

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...