Saturday 7 December 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki



 

Salam semoga kita bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati hidup di dunia ini.

Saya ingin berkongsi ilmu yang mudah-mudahan memberi sejuta manfaat buat kita semua yang menjadi hamba Allah swt. Alhamdulliah akhirnya saya berkesempatan untuk memiliki sebuah buku kecil yang ia memberi saya banyak kesedaran dan seterusnya mengubah cara hidup dan cara saya berfikir.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi hasil tulisan saudara En Fathuri Salehuddin, moga manfaatnya berganda-ganda.

Setelah membaca dan memahaminya, barulah saya tahu betapa mudahnya menjemput rezeki berbanding mencari rezeki. Percayalah saudara semua bahawa Allah Yang Maha Mulia, Maha Besar Besar Lagi Maha Pemberi Rezeki itu yang mengurniakan setiap rezeki kepada kita hamba-hambanya.
Fikirlah yang baik-baik walaupun kita merasakan perkara tersebut tidak memberi kebaikkan kepada kita. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang Dia rencanakan,

Izinkan saya berkongsi apa yang saya telah baca, apa yang telah saya rasa. Memang benar setelah saya beristiqamah untuk terus-terusan melakukan, keajaiban itu memnag berlaku, dan ingatlah Allah itu jualah yang mengatur semuanya rezeki yang  tidak disangka-sangkakan.

Rezeki itu tidak datang bergolek dan ia memerlukan pengorbanan, sama ada susah, perit ataupun kesenangan janganlah berpaling dari Allah swt kerana Allah sentiasa bersama kita. kini fahamlah saya betapa mudahnya menjemput rezeki berbanding mencari rezeki.

CARA BAGAIMANA MENJEMPUT REZEKI.
  • SOLAT 
  • SOLAT TAHAJJUD 
  • SOLAT DHUHA 
  • BERZIKIR
  • DOA
  • BERSEDEKAH
  • MEMBACA AL-QURAN
  • ASMA'UL HUSNA
  • BERSYUKUR
  • TEKUN BERUSAHA
 ''kami tidak meminta rezeki kepadamu, kamilah yang memberi rezeki kapadamu, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa ''




No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...