Saturday, 15 February 2014

Melawat Taman Burung Pulau Pinang

Salam buat pengunjung blog yang berkesudian singgah ke sini. Dah lama saya tidak mengupdate blog saya kerana kesibukkan dengan kerja. Bekerja sendiri tidak sama dengan orang bekerja makan gaji kan...

Apa yang nak di 'share'kan , baru-baru ini saya berkunjung ke Taman Burung Penang berhampiran dengan Sunway Carnivall, Seberang Jaya, lokasinya berhadapan dengan Safira Golf Club jadi sesiapa yang mungkin berkunjung kesini kalau nak singgah sekejap boleh la kan...

Saya ke sini bersama ibu dan bakal ibu mertua saya, dia yang beria-ia mengajak, sesekali dia terkenang arwah suaminya, dia akan mengajak saya menemaninya ke tempat-tempat dia pernah pergi bersama dengan almarhum suami ( pakcik ).... cinta dan rindu seorang isteri pada suaminya tak pernah pudar, walaupun sudah lebih 20 tahun pakcik pergi meninggalkannya.

Sekadar info, bayaran masuk ke Taman Burung bagi dewasa adalah RM18.00 seorang dewasa manakala bagi kanak-kanak pula separuh harga orang dewasa ( kalau tak silap saya la).

Burung unta ini yang akan menyambut anda di kandang pertama Taman Burung.


 Saya sempat snap shot muka burung unta bila dia hampir dengan kami....



 Dan gambar-gambar dibawah ini, pelbagai jenis burung nuri dan kakak tua...
 yang comel-comel dan cantik


 Burung nuri ini nak bersalin bulu.... tengoklah habis koyak-koyak dan pecah bulu dia. Apa yang saya boleh katakan burung-burung ni nampak tak aktif dan muram....



 Ahaa.... ini pulak family burung hantu. Ini jenis apa pun saya dah tak ingat lagi.
Burung hantu tidak aktif di siang hari.... masa saya sampai disana semuanya masih lagi tidur nyenyak


 Tengoklah burung-burung ini.... 
yang tepi mungkin bapak, yang tengah ibunya dan yang kecil itu anak burung hantu...
Tidur sampai tak perasan ada yang memerhati.



 Yang ini pula... erm burung apa ya..
Macam bangau berparuh panjang





 Ini pula sekawan burung Flaminggo tengah tidur ..
Rasa-rasanya jika manusia tidur macam ni boleh ke... tidur sambil berdiri dengan sebelah kaki


 Hebatnya ciptaan Allah... mereka dapat tidur dengan sebelah kaki yang  kurus dan panjang
dan kepala parking pusing ke belakang


 Itik pun sama... tidur sambil angkat kaki

 Comelkan itik ni... geram saya








 Kuta-kura pun ada gak... saya ambil dia gambar jugak



 Ini pokok pisang belalai gajah... ada di sesetengah tempat belalai panjang sampai ke tanah.
Rasa saya  pisangnya ni tak boleh makan..


 Tepi pokok pisang ada pulak helang berkepala putih.... saya snapkan gambarnya 







 Ini ibu-ibu saya..... 
bukan main 'ghalit'@ leka tengok berjenis-jenis burung. 
sekali sekala bukan senang ada orang nak bawak mai kan... jadi tengoklah puas-puas


 Si itik yang comel tengah tidur langsung tak terkejut  nampak flash camera saya.
Dua-dua pun comelkan





Si itik yang sedang bersenang-senang berehat....























No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...