Sunday 17 June 2012

Berjalan-jalan ke Hatyai City, Thailand

Pada awalnya tak bercadang pun nak ke Hatyai cuma  kami adik beradik (kakak & saya ) nak pergi berjalan-jalan ke Danok. Tak tahu mana tiba2 tukar plan nak pergi melancong dan bermalam ke Hatyai, walaupun kami tidak tahu bagaimana rupanya pekan Hatyai...

Jadi kerana last minute nye decision terpaksalah kena cepat-cepat buat boarder pass kat pejabat imigresen terdekat (RM10.00 ja)..sah tempoh merentasi sempadan adalah selama 6 bulan...sgt berbaloi la jika sesiapa nk ke Thai lagi berkali2...

2 jam sebelum bertolak kami berdua baru cakap dekat mak yang kami nak bermlm di Hatyai mlm ni... bukan tak mau ckp awal-awal tapi mesti mak pun nk ikut jugak... ''tak boleh la mak sbb kali ni mak mesti tolong jaga cucu , next time baru kita pi beramai2, '' hehehe...kesian mak.

Pada sesiapa yg bercadang nak bawa kereta sendiri ke Thai, jgn lupa membeli insurance kereta dulu... kosnya tak mahal pun cuma (RM17.00) shj- sah sehingga satu bulan sahaja. 

Di manakah anda harus membeli insurance ini...?
Sesiapa yang bercadang membawa kereta sendiri masuk ke Thailand pastikan  kereta anda sudah ada geran, jika perjalanan anda melalui Lebuhraya Utara Selatan, sebelum sampai ke Pekan Changlun perlahankan kereta anda dan lihat sebelah kiri lebuhraya kedai 'Insurance/Sewa Taxi ke Hatyai'  berhenti beli di situ dahulu. 

Selepas itu jangan lupa tukar duit Thai Bath siap-siap kat mana-mana money changer dekat Duty Free Zone ataupun di pekan Danok pun byk money changer...pandai2 lah cari. Selalunya orang akan tukar di Malaysia sebab akan dapat banyak sikit berbanding jika anda menukarnya di Thailand.

Kami sampai boarder Bukit Kayu Hitam pukul 8.00 mlm...dah selesai urusan di checkpoint Malaysia-Thai kami terus memecut ke Hatyai (jarak 1 jam dari Pekan Danok) dengan map nya sekali (print dari Google map).. harap2 sampai lah.... Map adalah benda paling penting takut tersesat bawa kereta sampai ke Bangkok pulak laagi kacau... masa beli insurance jgn lupa minta map 'Hatyai City' kat siam yang jual insurance (percuma sahaja), sgt la membantu kami sebenarnya.. Dan sediakan jugak RM2.00 seorang apabila sampai di post imigresen Thailand... jika tidak passport anda tidak akan dicop...

Sampai kat Hatyai dlm pukul 10.00 mlm...ronda2 sekejap jln kaki pusing-pusing kat tengah-tengah pekan Hatyai plan nak cari hotel budget ja...dan kami sempat jugak singgah kat night market...ala2 mcm uptown la..

Suasana malam di Hatyai sangat la meriah, pukul 12mlm pun masih ada lagi pasar mlm,tak tau pulak tutup pukul bpa. org Malaysia pun ramai jugak. Pastu beli makan buat alas perut untuk mkn mlm .

Hotel murah kami tengok dan takut nk pi check-in sana, lastly end up check-in kat The Regency Hotel...harga pun ok (Standard Room , THB960)semlm, sgt selesa walaupun biliknya, Furniture'nya lama tapi masih ok.... ada tv satellite, mini freezer,hot water,air-cond room..ok apa!!

Esoknya adalah hari untuk berjln dan bershopping.....

Lepas subuh kami tidur balik sampai 9.00pg waktu Thai...(waktu Thai lewat satu jam dari Malaysia) jd sblm check-out kami berdua sempat ke Gim Yong Market  (dekat jln kaki saja ) membeli apa yang patut, singgah sekejap dkt pasar sehari dia beli buah-buahan...Macam2 buah  ada dan boleh tgok makanan siam yang pelik2... hehe jgn x pergi dan boleh tgok sendiri... Harga boleh la tahan murah sikit dr Malaysia..kalau pandai tawar menawar boleh dpt lagi murah sebenarnya..

Jangan tak tahu di sini banyak kedai-kedai foot and body massage... ada di merata-rata. Caj bayaran adalah lebih kurang 300bath sahaja.

Seronok bertukar jadi kelakar.... sebenarnya masalah bahasa adalah masalah terbesar kalau anda pergi ke sana, kerana kebanyakkan org Hatyai x pandai berbahasa Inggeris dan ada juga langsung x faham , jd kami cuma berkomunikasi guna bahasa isyarat, guna tangan, pen dan kertas...dan guna calculator jugak utk bargain harga. Lepas check-out dari Regency kami ke Muslim Road, cari muslim restaurant utk mkn tgh hari... jd berhenti sekejap la makan di restaurant  sebelah Masjid Pakistan.... bukan apa senang nak solat siap2 sblm meneruskan perjalanan.. ada jugak bazar 3 tingkat dkt2 situ siap dgn tempat mkn sekali (tp kami x jumpa tempat ni) hehehe.

Wat Klong Hae...the newest attraction!!. 
Floating market dia lebih kurang mcm floating market kat Chao Phrya..

Dua kali tersalah jln akhirnya jumpa jugak walaupun ikut jalan sendiri sesuka hati...(10 minutes dari Muslim Road), Floating market ni dekat Wat Siam Klong Hae jln nak ke Songkhla...mcm2 ada di jual di sini, paling menarik beli minuman (air buah) siap dpt bekas tanah liat sekali boleh bawa balik.... s

Saya pun tidak ketinggalan membelinya walaupun bukan dahaga sgt cuma nak bekas tu ja...biasalah org perempuan ni semua pun nak beli.. :). Di sini anda boleh melihat  rakyat Thai menjual , manisan dan makanan siam (byk jual makanan) menjual dari atas sampan di sepanjang sungai...pengalaman baru bagi saya..memang seronok!!! Tempat ini di cuma di buka pada hari Jumaat,Sabtu Ahad..sebelah petang dari 3.00ptg sampai malam...

Lepas membeli belah di situ dan makan di Klong Hae sepuasnya..kami bertolak balik ke Malaysia.... sampai di rumah dgn letihnya..











Tip-tip jika hendak ke Thailand
  •  Rajin-rajinkan lah diri mencari dan belajar 'phrase' Thai yg mudah-mudah... ' seperti selamat pagi, terima  kasih dll.. 
  •  Print Map, surf dulu harga-harga hotel yang ada di Hatyai..
  • Bawa duit secukupnya, isi minyak full tank siap-siap sebelum masuk ke Thailand kerana harga petrol lebih mahal di Thailand berbanding di  Malaysia
  • Pandu dengan berhati-hati kerana rakyat siam bawa kenderaan mcm  negara mereka tak ada  undang2 jln raya...main redah ja ( helmet pun x pakai, satu motor pon boleh naik 3 org, dan  chain truck - ternganga mulut saya tak pernah tgok ada juga truck mcm ni !!)
  • Kalau anda tidak membawa kenderaan sendiri...anda bolehlah menyeewa kereta di tempat anda membeli insurance tadi ( Ada kereta & van sahaja ) dan apabila sampai di Hatyai boleh juga naik 'tuk-tuk' jika anda hendak bersiar-siar di pekan Hatyai


.




2 comments:

  1. salam..

    seronoknya baca percutian ke thailand

    Kalau boleh nak minta share kos perjalanan fuel and tol dr kl-hatyai..

    ReplyDelete

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...