Tuesday 9 October 2012

Majlis Bertunang

Sudah  terlalu lama sebenarnya saya tidak menjengah ke blog saya apatah lagi mengupdate blog saya...

Melangkah ke alam pertunangan dan kini bergelar menjadi tunangan orang  bagi saya macam mimpi sebab semua ini berlaku terlalu pantas. Apapun..syukur pada Allah swt semuanya dah selamat. Buat ibu saya ini mungkin berita paling gembira untuknya mendapat menantu baru.

Mak dan Tok Jah ( besan dia )

 Dan saya juga gembira mempunyai bakal ibu mertua yang sangat sayangkan saya...mungkin kerana dia tak ada anak perempuan. Semua ini takdir ketentuan Allah, dan saya sangat bersyukur dengan semua ini.

Majlis bertunang ini diadakan pada 5 syawal yang lepas, seminggu sebelum bertunang baru confirmkan tarikhnya...kelam kabut jugak membuat persiapan terutama membuat hantaran kepada pihak sebelah sana.

Ini sebahagian dari hantaran yang disediakan oleh pihak saya... serba sederhana dan biasa-biasa saja .




Dan ini pula hantaran dari sebelah pihak lelaki


Cake Fondant

Sireh junjung

Manisan- Chocolate

Cincin Tunang







Semua hantaran-hantaran ini dibuat oleh bakal abang-abang ipar, kebetulan salah seorang dari abang ipar saya mempunyai butik pengantin, jadi mereka yang sediakan..cuma cincin je tunang saya beli. Yang lain di sponsored oleh abang-abangnya.


 saya dan bakal ibu mertua saya...
Saat cincin di sarungkan...erm malunya time ni



 itu saja gambar yang ada...
yang terpilih saja.












No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...