![]() |
Hot & spicy fried chicken.... idaman hati ku |
Kalau tengok ayam goreng seperti gambar di atas mesti saya teringatkan
pak cik ni...... :)
Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara membuat ayam goreng ' hot & spicy' ala-ala KFC...
Walaupun sedikit berbeza dari segi ramuan rempahnya, tapi rasanya ada sedikit sama....
Kenalah cuba buat kalau nak tahu rasanya..
Bahan-Bahan yang diperlukan:
- Ayam yang telah di potong
- Serbuk cili / Rempah kari Daging
- Kalau nak lebih pedas boleh juga ditambah dengan serbuk paprika
- Serbuk Bawang putih
- Serbuk Ketumbar
- Serbuk Lada putih/Lada Hitam
- Garam halus (Fine salt)
- Sedikit Gula
- Serbuk Kunyit
- Sedikit Soda untuk melembutkan daging ayam
- Tepung
- Air Suam
- Minyak ( Untuk Deep Frying )
Cara-Caranya :
Campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali tepung ke dalam air suam....
Kacau sehingga sebati dan masukkan ayam kedalam bancuhan rempah
Biarkan seketika lebih kurang 20 minit.
Kemudian asingkan ayam dam masukkan dalam bekas untuk perap ayam tadi sekurang-kurangnya 4 jam. Simpan dalam peti sejuk
Selepas itu, salutkan ayam dengan tepung yang tidak dicampur dengan apa-apa.
Basahkan ayam dengan air (rendam cepat-cepat) kemudian angkat dan salutkan sekali lagi dengan tepung.
Akhir sekali goreng ayam dalam minyak yang banyak , tunggu sampai ayam masak.
Api perlulah sederhana dan pastikan minyak mesti betul-betul panas.
Selamat Mencuba....
Dan terima kasih kerana sudi menjengah ke laman blog saya...
No comments:
Post a Comment
Feel free sharing your thoughts here....