Marilah sama-sama kita basahkan lidah kita dengan zikrullah.....
dan mengucapkan perkara yang baik-baik
Selawat Badriyah
![]() |
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh ALLAH.
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih ALLAH
|
Ya ALLAH, lepaskanlah kami dari kesusahan
dan kehancuran kerana akibat orang maksiat, segala macam cubaan dan
penyakit menular.
Dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH.
Banyak
rahmat-Mu yang sudah diterima. Banyak kerendahan yang telah
disingkirkan. Banyak nikmat-Mu yang telah dikecapi.
Dengan berkat
pejuang Badar Ya ALLAH.
![]() |
Cukup
banyak kemampuan Engkau beri selama hidup.
Cukup banyak kenikmatan
Engkau rasakan pada yang berhajat.
Cukup banyak kesalahan Engkau rasakan
pada yang berdosa.
Dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH.
![]() |
Sesungguhnya bumi yang luas terasa sempit dalam dada
orang yang tertimpa bala.
Lepaskanlah kami dari cubaan yang menyusahkan.
Dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH
Kami
menghadap-Mu dan mengharap kasihan-Mu. Dari Engkau sumber kebaikan dan
kebahagiaan. Hamparkan Ya ALLAH tangan kemurahan-Mu. Dengan berkat
pejuang Badar Ya ALLAH
Janganlah
kiranya Engkau tolak pengharapan kami. Tetapi semoga dapat Engkau
terima dengan baik Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Hebat. Dengan berkat pejuang
Badar Ya ALLAH
No comments:
Post a Comment
Feel free sharing your thoughts here....