Salam buat semua pembaca.. hari ini saya nak kongsikan maklumat atau panduan jika sekiranya saudara/saudari datang berkunjung ke Sungai Petani, Kedah.
Bandar Sungai Petani adalah bandar ke 2 terbesar selepas bandar Alor Setar, Sungai Petani ataupun ( SP) dikenali dengan bandar yang pesat membangun dengan banyak pusat komersial dan kawasan perumahan didirikan saban tahun.
Landmark Bandar Sungai Petani adalah - Menara Jam Besar yang terletak di Jalan Ibrahim di tengah-tengah pusat bandar.
1.TELUK BAYU FLOATING CHALET
Bagi yang mencari-cari tempat penginapan yang bercirikan chalet terapung, anda boleh memilih untuk menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Bukit Kecil Sungai Petani.
Sesuai bagi pengunjung yang rata-ratanya orang luar terutamanya kaki pancing ataupun yang menginginkan percutian yang tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kotaraya, disinilah antara pilihan yang TEPAT.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan: Memancing, BerBBQ di verandah chalet anda.. Best!!

2.PANTAI PERANGINAN PENTAI MERDEKA, KOTA KUALA MUDA
Pantai Merdeka adalah antara destinasi yang berdekatan yang boleh dikunjungi jika anda bermalam di Teluk Bayu Floating Chalet, Pantai Merdeka yang merupakan antara pusat peranginan pantai terkenal yang terdapat di sini selain Tanjung Dawai.
Terdapat juga resort yang menghadap laut dibina jika anda ingin bermalam di Pantai Merdeka iaitu Merdeka Beach Resort. Merasai kedinginan pagi yang berkabus adalah antara pengalaman menarik bagi pengunjung, juga disediakan kawasan lapang bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti BBQ bersama keluarga.
![]() |
Merdeka Beach Resort |
Antara kemudahan yang terdapat di Merdeka Beach Resort
Dengan kadar harga bilik yang berpatutan, anda bolehlah singgah dan merasai sendiri pengalaman menarik ini jika berkunjung ke sini.
3.CHALET TERAPUNG PPK MERBOK SEGANTANG GARAM
Antara pemandangan indah ke Chalet Terapung PPK Merbok, Segantang Garam |
Terletak jauh dari kesibukkan kota, chalet ini terletak jauh di kawasan perkampungan dengan jajaran pokok bakau yang tumbuh di sepanjang Sungai Merbok . Suasana yang amat mendamaikan bagi pengunjung yang ingin merasai ketenangan dan pengalaman mendengar bunyi unggas & cengkerik di malam hari, bolehlah berkunjung dan menginap disini. Tempahan awal amat digalakkan kerana chalet ini selalunya akan 'fully-booked' apabila tiba musim cuti sekolah.
Kadar bayaran penginapan di chalet terapung itu antara RM40 hingga RM250 satu malam manakala untuk memancing tanpa menginap dikenakan bayaran RM15 seorang tanpa had masa. Antara ikan yang banyak terdapat di sini ialah sembilang, jenahak, kerapu, senangin, gemang dan malong.
Untuk tempahan, anda boleh menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok, Kedah di talian 04-4572117 atau di talian 019-5452412 (Norazieta Othman); 012-4633526 (Mahayadin Ismail) dan 013-4708230 (Abdullah Kancil).
4. TANJUNG DAWAI
Pekan Tanjung Dawai sebuah pekan kecil terletak berdekatan dengan chalet terapung PPK Merbok, anda bolehlah singgah untuk membeli pelbagai hasil laut yang di jual oleh penduduk tempatan disini. Antara barangan yang anda boleh bawa balik sebagai oleh-oleh adalah seperti belacan tumbuk, keropok ikan, udang, ikan talang masin, ikan kering dan lain-lain lagi.
![]() |
Sepetang di Tanjung Dawai lepas balik kerja |
Lembah Bujang terletak di Bukit Batu Pahat merupakan kompleks bersejarah yang terletak berdekatan dengan Pekan Merbok, Kedah. Dahulunya tapak ini ialah sebuah Empayar Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu purba bertarikh beberapa kurun awal sehingga kurun ke-12, ini merupakan kawasan arkeologi terkaya di Malaysia.
Tahun-tahun berlalu, banyak artifak telah ditemui di Lembah Bujang - celadon, tembikar, perkakas batu, tanah liat , cebisan kaca, manik dan seramik Parsi - bukti yang menandakan Lembah Bujang dahulunya pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa dan entrepot di rantau ini.
5. MENYAKSIKAN DAMAINYA PEMANDANGAN SAWAH PADI
Terdapat beberapa lokasi pemandangan sawah padi yang menjadi kegemaran saya, apabila jiwa serabut. Saya kongsikan beberapa lokasi menarik untuk anda jika punya kesempatan datang ke Sungai Petani.
i) Sawah padi di Kampung Bujang, Merbok. Mudah saja jika hendak ke sini, jika anda datang melalui lebuhraya utara selatan anda boleh keluar melalui susur keluar Sungai Petani (U) Sg Lalang ataupun Sungai Petani (S) Park Avenue. Kampung Bujang ini terletak berhampiran dengan MRSM Merbok, jadi carilah papan tanda ke Semeling.
ii) Sawah padi Jalan ke Kota Kuala Muda - Penaga
iv) Sawah padi ( Sepanjang Lebuhraya Plus ke Alor Setar )
v) Sawah padi Jalan Yan ke Guar Chempedak ( Pemandangan berlatar belakang Gunung Jerai) .
vi) Sawah padi Jalan ke Tanjung Dawai , Singkir ke Yan
![]() |
Sawah padi - Guar Chempedak |

![]() |
Puncak Gunung Jerai |
6. JETI SEMELING
Jeti Semeling terletak di jalan ke Pekan Semeling, menjadi tempat riadah penduduk tempatan datang bersiar-siar dan merupakan juga tempat para pengantin baru datang bergambar apabila tiba musim kenduri-kendara.
Tempat berjalan kaki menyusuri hutan paya bakau juga dibina bagi pengunjung melihat dengan lebih dekat bagaimana rupa pokok bakau yang begitu banyak terdapat di sepanjang sungai. Terdapat juga perkhidmatan 'River Cruise' dengan menggunakan taxi air bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman menyusuri sungai dan melihat keadaan alam semulajadi.
Jika bernasib baik dapatlah melihat ikan belacak,monyet, memerang, ular air, biawak tanah dan juga kumpulan anak-anak ikan yang bermain dipermukaan air.


No comments:
Post a Comment
Feel free sharing your thoughts here....