Friday 14 December 2012

Azam 2013 - berDiet Menguruskan Badan

Salam buat pembaca blog saya... Ini cerita tentang saya :)

Ada sesuatu yang membuat saya berasa risau dan telah membuat saya merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan . Masalah yang saya sedang hadapi sekarang adalah berhadapan dengan peningkatan berat badan saya sebanyak 10kg dalam masa beberapa bulan ini.

Apa tidaknya bila ada saudara, rakan, jiran malah orang mengusahakan kebun saya di kampung turut menegur.... Eih! awat ngkau dah tembun sekarang... 

Seumur hidup saya saya tidak pernah mengalami masalah berat badan yang begitu ketara.. jelas membuatkan saya merasa tidak selesa dengan penampilan diri saya, baju-baju saya dahulu pun sudah tidak muat, perut dahulu slim sekarang dah buncit..

Jika dahulu berat badan saya hanyalah sekitar 46 ke 48 kg sahaja tapi sekarang sudah menjadi 56kg - 57kg. Saya bukanlah seorang yang tinggi lampai jadi memang nampak sesosok tubuh yang tidak menarik.

Ini time kurus..last year

 
Sekarang ni dah overweight
Piramid Diet makanan seimbang bagi orang seperti saya berusaha untuk menguruskan berat badan kepada berat yang ideal .



Jadi azam 2013, antaranya adalah berusaha untuk menguruskan berat badan yang semakin naik seperti dipam-pam. Saya pernah mengambil minuman kesihatan bagi menguruskan berat tetapi saya tidak begitu serius kerana dek godaan ramai staff yang makan ketika sarapan. Jadi tiada kesan penurunan berat yang ketara yang saya boleh rasai. Dahulu saya jarang mengambil sarapan dan hanya makan apabila lapar sahaja. 

Mungkin tahun depan saya perlu elak untuk makan nasi, makan daging, air-krim dan ayam goreng yang sentiasa menjadi kesukaan saya.  

Sekarang ini saya ada mengambil supplimen pills seperti minyak kelapa dara dan miyak ikan omega 3, dan minyak habbatus sauda' memang ketara masalah seperti tumit kaki pecah dah hilang, tiada lagi masalah sembelit dan kulit kering, masalah angin dalam badan ppun kurang kerana saya selalu mengalami sakit kepala. 

Mudah-mudahan apa yang saya inginkan tercapai - menurunkan berat badan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan saya. AMIN.............















No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...