Tuesday 11 December 2012

Jom ke Floating Market - Wat Khlong Hae

Khlong Hae adalah sebuah lagi tempat  yang menjadi tarikan para pelancong dari luar merupakan pasar terapung pertama yang terletak di Selatan Thailand. Pasar ini terletak berhampiran dengan sebuah Wat Siam Khlong Hae.




Pasar ini terletak di pinggir bandar pekan Hatyai, jalan menuju ke Songhkla Thailand. Perjalanan dari Khlong Hae ke Songkhla mengambil masa kira-kira 30 minit- merupakan sebuah bandar di pesisiran pantai atau tempat ini sangat terkenal sebagai Samila Beach ' dimana terdapat binaan monumen ikan duyung.


Pasar terapung Khlong Hae ini di buka pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, mula beroperasi pada sebelah petang iaitu dari pukul 3.00p.m hingga 9.00p.m. Di pasar ini para penjualnya akan memakai pakaian tradisional Thai dan mereka menjual pelbagai jenis barangan cenderamata, pakaian dan pelbagai jenis makanan  dari atas sampan semurah harga 20bath = RM2.00 (lebih kurang).

Ianya satu pengalaman yang menarik bagi saya yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana dan semestinya saya akan kembali lagi ke sana. Selalunya para pelancong yang datang ke sana pasti akan membeli minuman dimana air buah-buahan diisi didalam bekas tanah liat dan bekas itu boleh di bawa balik sebagai kenang-kenangan apabila kembali negara asal. Ada juga turut diisi dengan bekas dari buluh. Semua ini cuma berharga 20bath sahaja..Murahkan!!!



Lihat beginilah suasana di Khlong Hae apabila tiba di sebelah petang dan para pengunjung akan lebih ramai pada sebelah malam. Jadi jika berkesempatan ke Hatyai jangan lupa singgah sebentar di Khlong Hae untuk merasai sendiri pengalaman sebegini...


Rambang mata melihat pelbagai jenis makanan yang dijual di sana yang sedap dan menarik.


Beginilah happeningnya suasana di pasar terapung ini... bermacam-macam juadah makanan thai yang kita boleh rasa dan beli di sini.. kalau terkurang rasa ke apa semua dah disediakan di tempat makan yg telah disediakan... menariknya meja dan kerusi di buat daripada buloh..






No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...