Wednesday 12 December 2012

Saint Maarten - Pantai paling berbahaya di dunia


Terdapat sebuah pantai di Saint Maarten di Belanda iaitu pantai Maho terletak paling utara di kepulauan Carribean dianggap sebagai pantai paling berbahaya di dunia. Ini bukan kerana disebabkan oleh ancaman jerung, ombak besar mahupun obor-obor sebaliknya ia dianggap  paling bahaya kerana terletak berhampiran dengan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana.

Lapangan terbang ini adalah antara lapangan terbang palink sibuk di kepulauan Carribean. Namun disebabkan itulah ia menjadi terkenal di kalangan pengunjung kerana mereka boleh merasai pengalaman bergambar ketika pesawat mahu mendarat.

Jaraknya lebih kurang 100 meter memisahkan pantai dari lapangan terbang, pengunjung pantai berkenaan terdedah dengan keadaan yang sangat berbahaya setiap kali ada pendaratan pesawat di lapangan tersebut.

Disebabkan mempunyai ladasan yang pendek iaitu kira-kira 2179.93 meter panjang, juruterbang perlu melalukan pendaratan dengan ketinggian minimum bagi memastikan pesawat cukup-cukup untuk mendarat. Para pengunjung juga dinasihatkan tidak berdiri ketika pesawat melakukan pendaratan ekoran risiko arus angin yang dicetuskan oleh pesawat yang boleh membahayakan nyawa.

Pihak yang bertanggungjawab turut memasang papan tanda amaran kepara para pengunjung agar tidak berada dikawasan berhampiran landasan. Namun kebanyakkan para pengunjung tidak menghiraukan amaran tersebut dan keadaan dipantai tersebut seolah-olah berpesta setiap kali ada pesawat yang mendarat atau berlepas kerana mereka mengambil peluang itu untuk bergambar .






Sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan kematian dicatatkan dikalangan pengunjung yang sengaja mengambil risiko untuk bergambar di pantai berbahaya itu.

No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...