Friday 22 February 2013

Syndrom Berlakunya Masalah Sakit Kepala di tempat kerja

Salam sejahtera....semoga yang membaca post saya kali ini sihat-sihat sahaja walaupun saya tidak begitu sihat.

Suka saya berkongsi sebab kenapa kita sering mengalami sakit kepala, penyakit yang sering di jadikan alasan untuk mendapatkan mc jika anda adalah golongan yang bekerja makan gaji.

Ini adalah sebahagian dari pengalaman saya sendiri; dimana di hari-hari terakhir saya bekerja saya telah mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga setiap kali sakit kepala saya rasa nak termuntah dan juga rasa hendak demam.

Bolehkah anda semua bayangkan dengan berkeadaan begitu dan terpaksa mengadap kerja-kerja yang BEGITU memuakkan.. jadi saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mula bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Apalagi yang saya dapat lakukan melainkan to change my routine and step out from my comfort zone. Akhirnya saya dapat menjalani hidup saya dengan gembira tanpa dihantui masalah kerap sakit kepala.



Jika anda juga mengalami masalah selalu sakit kepala, anda harus bertanya soalan ini kepada diri anda adakah..

1. Anda gembira dengan apa yang anda lakukan sekarang..?

2. Adakah  anda sedang menghadapi masalah yang rumit sehingga  menyebabkan diri anda tertekan?

3. Adakah anda suka dengan pekerjaan sekarang?

4. Bagaimanakah dengan penerimaan majikan anda,adakah majikan anda menghormati atau langsung tidak ambil peduli dengan kebajikan pekerja

5. Adakah anda berasa menyampah dengan rakan sekerja yang suka mengadu domba mencari kesalahan anda dan berpura-pura baik  tapi hakikatnya MENIPU wang syarikat.

6. Adakah anda tiba-tiba dipaksa melakukan kerja yang sebenarnya bukan tanggungjawab anda, dan mereka memaki hamun  menyalahkan anda kerana tidak berinisiatif menyelesaikan masalah?

7. Adakah majikan anda berkata anda adalah seorang yang tidak bertanggungjawab setelah anda bertahun bertungkus lumus bekerja dan sanggup bekerja lebih masa?

8. Adakah anda pernah diberitahu anda tidak layak mendapat gaji sebanyak itu dengan skop kerja yang ada sekarang sedangkan kerja tersebut sudah tak termampu anda lakukan?

9. Adakah anda menghadapi kegagalan mengawal tekanan hidup?

10. Adakah anda sudah muak dengan routine hidup anda bekerja dan pulang ke rumah seperti robot?



Jika anda mengalami salah satu dari sebab diatas, saya hanya mencadangkan agar anda

i. Selalu bertenang, perlahan lahan menarik nafas dan lakukan apa yang anda suka

ii. Bebaskan diri anda.Pastikan diri anda tidak lagi terikat dengan peraturan dan undang-undang di tempat kerja yang amat memuakkan

iii. Mulalah mencari pekerjaan baru atau bertukar kepada kerjaya yang anda minati

iv. Jauhkan diri anda dari mengadap muka rakan sekerja yang sifatnya seperti kuih talam dan majikan yang tidak berhati perut

v. Lakukanlah sesuatu yang menggembirakan diri anda kerana setiap orang berhak untuk hidup gembira

vi.  Anda perlu berani melakukan sesuatu untuk merubah hidup anda kepada lebih baik selain menjadi kuli orang

vii. Pergilah bercuti melancong ketempat-tempat yang dapat menenangkan diri anda, sayangi diri anda











No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...