Tuesday, 13 November 2012

Resepi Cucur Ikan Bilis .....

Cucur Ikan Bilis Rangup
( Resepi Sendiri )


Pic source : From Google
Sekadar berkongsi resepi bersama pengunjung blog saya
Kalau nak tahu bagaimana rasanya... kenalah mencuba resepi ini.

    Cadangan hidangan untuk 3 orang


     Bahan-Bahan:
  • 1/2 biji bawang besar di potong dadu
  • 1 biji cili merah di hiris memanjang
  • 1 ikat daun kucai
  • 50 gram ikan bilis 
  • 1 sudu majerin
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 gelas Air suam
  • sedikit bawang goreng (optional) 


Cara-caranya :
  •  Dengan menggunakan tangan, gaulkan 3 cawan tepung gandum, 1 sudu marjerin dan 1/2 sudu teh soda bikarbonat sampai rata.
  • Masukkan garam kedalam segelas air suam
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air suam tadi kedalam tepung
  • Masukkan bawang  besar yang dipotong dadu, cili merah, ikan bilis ,daun kucai, serbuk kunyit dan bawang goreng ke dalam adunan
  • Kacau biar sebati dan rehatkan adunan selama 1/2 jam
  • Panaskan kuali dengan api sederhana
  • Tunggu sampai minyak betul-betul panas sebelum menggoreng
  • Gorengkan cucur ikan bilis sehingga kuning keemasan dan toskan minyak
  • Akhir sekali, hidangkan cucur ikan bilis tadi dengan 'dipping sauce' kegemaran anda.


* Boleh juga gantikan ikan bilis dengan udang segar.






*********************** *****Sedia untuk dihidangkan**************************




Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...