Kelebihan Garam
Amalan
Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan
dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk
menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan )
dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah
garam .
Hadis riwayat Ibnu Majah
” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”
Hadis riwayat Al – Bazzar.
Khasiat Garam Bukit Dalam Perubatan
Garam bukit membantu melancarkan perjalanan darah, menyembuhkan masalah saraf - kebas, sihir/santau/saka, pagar rumah, masalah ketagihan, lemah badan,migrain, buang toksin, sakit lutut, gout dan mampu memulihkan pesakit yang lumpuh.
Garam Sunnah dan Pengamalannya.
Ambil secubit garam guna ibu jari
dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk
semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ).
Kalau boleh jangan campur dengan
orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda
sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu
asingkan dari bekasnya.
Amal sebelum dan selepas makan dapat meghindari 330 jenis
penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala
,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH
S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).
Atau melalui cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam
keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3
liter padu air sepanjang hari.
GARAM BUKIT RENDAMAN KAKI
1. Melancarkan
peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal
dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan
berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6.
Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7.
Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di
samping mengaktifkan perjalanan darah
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout, dan mampu menyembuhkan barah
KHASIAT AIR MANDIAN GARAM BUKIT
Amalan
mandi dengan air garam bukit dapat mengembalikan kesegaran serta dapat merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang
telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen
akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis
bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.
GARAM BUKIT SEBAGAI PENAWAR RESDUNG
Masalah resdung berpunca daripada alahan
terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Kegagalan
merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan
penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung
bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat
untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya
AMALAN DAN CARA MENGUBATINYA
Ambil satu sudu teh garam (terutamanya
garam bukit dicampurkan dengan semangkuk air suam). Garam adalah salah satu agen antiseptik; pembunuh kuman yang aktif
Kemudian bacalah al Fatihah, ayat Qursiy dan Selawat syifa' 3x
Tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas
sambil berniat untuk kesihatan 'hidung'.
Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') dan keluarkan beberapa kali.
Ulang dan amalkan 3 kali sehari sehingga penyakit reda
Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini
Akhir sekali bertawakkal kepada Allah kerana yang menyembuhkan segala sesuatu adalah dari Allah... Insya Allah anda akan sembuh.
GARAM BUKIT SEBAGAI RAWATAN MENGHINDARKAN MAKHLUK HALUS
Rasulullah saw melarang kita untuk
menyimbah air panas dari tempat tinggi takut menyakiti dan menzalimi
jin-jin (makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia)
Ini bermakna air panas mampu menyakitkan jin-jin di alam ghaib, maka kaedah merendam kaki dengan air suam berisi garam mampu menyakitkan jin-jin yang ZALIM yang berada didalam badan manusia.
assalam, garam bukit jenama ape yg elok utk rawatan yg awk sebut tu.
ReplyDelete