Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang antara tempat-tempat menarik yang anda harus lawati jika berkunjung ke Negeri Kedah...
Kedah negeri kelahiran saya yang jauh nun di utara semenanjung Malaysia, di mana saya berasal dari kawasan kampung terpencil yang di kelilingi sawah padi luas saujana mata memandang dan kawasan kebun getah yang menghijau cantik sangat tau...
Saya mulakan dengan gambar yang pertama... ini kawasan kampung saya gambar yang saya uploadkan dari google map.. Gambar menunjukkan ketika ini belum lagi musim menanam padi, luas tak kawasan sawah..itu baru kawasan keliling rumah saya saja..
Beginilah keadaan waktu pagi di kampung... kalau nak teringin nak menikmati suasana pagi macam ni, kenalah balik selalu kat kampung..memang best!!
Dan macam nilah rupanya bila padi dah masak dan sedia untuk di tuai, zaman ketika saya masih kecil dulu saya paling takut tengok mesin padi...kerana saya rasa macam ada gergasi besar masuk kampung...pastu orang ramai akan tunggu tepi bendang tengok sampai mesin tu habis mengerat pokok padi...dulu padi tidak terus dimuatkan ke dalam lori padi seperti sekarang.
Orang -orang kampung dahulu akan sediakan satu tikar besar yang dijahit dari guni-guni baja dan bentangkan di atas rumput kemudian mesin akan mengeluarkan padi dari mesin dan dituangkan ke atas tikar tadi. Waktu yang dinanti-nantikan adalah budak-budak mencari dan mengutip belalang selepas padi di tuangkan ke atas tikar. Belalang dimasukkan ke dalam botol atau tempurung, untuk apa??? Hehe belalang itu kami akan gunakan untuk memancing di sungai...
Ok dah dah habis dah tentang cerita kampung saya... saya nak tunjuk lain-lain tempat menarik di Negeri saya.
Bukit Kayu Hitam Duty Free Zone
Sempadan Malaysia-Thailand ( pintu masuk ke Negara Thailand) di sini jika anda tidak berniat untuk masuk bershopping di Danok, boleh lah berhenti sekejap membeli belah di Duty Free Zone.. Disini barang yang anda boleh beli adalah seperti beras wangi, beras pulut,chocolate, kacang tin, Narita(toto),baju, jeruk dan asam. Kalau nak masuk dalam jangan lupa pastikan pas sempadan ataupun passport anda tidak luput tarikhnya ye...
Pulau Langkawi
Selamat Datang ke Langkawi...The Legendary Island of Mahsuri
Mungkin this is the best quote orang-orang Langkawi menyambut pelancong-pelancongnya
Antara pulau-pulau cantik yang tedapat di Langkawi
Berkereta Kabel Gunung Mat Cincang
Jika anda orang dari Malaysia..jangan lupa tunjukkan Mycard anda ketika membeli tiket.
Anda akan memperolehi potongan harga tiket sebagai warganegara, warga emas dan OKU
Ladang Anggur, Empangan Tasik Beris Sik
Tak terujakah anda selepas melihat gambar-gambar ini...???
Saya akan selalu bermimpi untuk makan anggur-anggur ini....Nak makan semuanya!!!
Bandaraya Alor Setar, Ibu Negeri Kedah
Saya akan menyambung lagi untuk entri kali ini.... menunjukkan kepada anda tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Kedah...
Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai negeri saya ini klik di link ini http://www.visitkedah.com.my/
Cik Shaana, saya pun orang Kedah juga meminati buah2an tempatan macam cik juga. Boleh bagitau, sekiranya terdapat buah Asam Kandeh ditempat cik. saya sedang berusaha menulis buku berkenaan buah2an tempatan. Baru ada dalam koleksi saya 100 jenis. Terima kasih
ReplyDeleteMohd. Rodhi Puteh
mohon share
ReplyDelete