Lirik anak soleh ini menjadi pilihan hati saya... kerana pada saat ini saya sangat merindui arwah bapa saya dan teringatkan seorang lagi ibu tua yang berada di rumah.... saya merindui senyumannya dan terlalu ingin mendengar suaranya tapi apa kan daya....kerana saya tidak lagi dapat bertemu dengannya di dunia ini...
Bersyukurlah pada sesiapa yang masih mempunyai kedua orang tua di dunia ini... sayangi mereka dan sentiasa berbuat baik kepada mereka selagi mereka masih bernyawa..
Jika tidak kerana mereka yang membesarkan kita.. mana mungkin kita hidup membesar sendirian tanpa pengawasan dari kedua-dua mereka ini.....
Mereka telah bekerja bertungkus-lumus mencari wang untuk menyekolahkan kita, memberi pendidikan yang terbaik buat kita...sehingga kita menjadi seseorang seperti hari ini.
Jangan lupakan ibu dan bapa yang telah bersusah payah untuk kita dahulu.... kerana kini adalah saat kita pula yang menjaga mereka seperti mana menjaga kita ketika masih kecil. Doakanlah kebahagiaan untuk mereka di dunia serta akhirat.. Moga-moga kita semua menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa kita....
ANAK SOLEH
Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa
Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka
Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta
Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara
Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa
Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka
Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta
Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara
Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa
No comments:
Post a Comment
Feel free sharing your thoughts here....