Wednesday 27 April 2016

Baja Organik Bacto-10


Bacto-10 (Biofertilizer)  adalah baja organik cecair yang amat baik digunakan bagi menggalakkan  proses pengakaran pokok serta dapat meningkatkan hasil tanaman.


Baja organik ini mengandungi bakteria pekat tempatan yang berguna endofitik pengikat nitrogen yang selamat serta mudah digunakan. Dengan menggunakan baja organik dapat melindungi dan mengurangkan penggunaan baja kimia yang berlebihan yang mencemarkan alam serta berbahaya pada kesihatan ( Produk Organik Mesra Alam)

Bacto-10 baja bio-cecair amat sesuai bagi kegunaan pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran, tanaman pisang,betik nanas, kelapa sawit,rambutan,durian,jagung ,manggis dan pokok berbunga ( pokok bunga). Juga sesuai digunakan pada padi bagi meningkatkan pertumbuhan akar dan pengambilan air dan nutrient oleh tumbuhan.











Baja Bio-Cecair Bacto-10 (Biofertilizer)

Harga Pasaran:

100ml  -  (RM10.00)
250ml  -  (RM20.00)
500ml - (RM40.00)

** Goncang sebelum menggunakan**

Harga tidak termasuk caj courier : RM13.00 SM / RM15.00 S'bah/S'wak



Dapatkan baja organik bio-cecair Bacto-10 dengan sms/whatapps di : 013-592 1198



Sunday 27 September 2015

SUNGAI PETANI - DESTINASI MENARIK YANG HARUS DIKUNJUNGI....





Salam buat semua pembaca.. hari ini saya nak kongsikan maklumat atau panduan jika sekiranya saudara/saudari datang berkunjung ke Sungai Petani, Kedah.

Bandar Sungai Petani adalah bandar ke 2 terbesar selepas bandar Alor Setar, Sungai Petani ataupun ( SP) dikenali dengan bandar yang pesat membangun dengan banyak pusat komersial dan kawasan perumahan  didirikan saban tahun.

Landmark Bandar Sungai Petani adalah - Menara Jam Besar yang terletak di  Jalan Ibrahim di tengah-tengah pusat bandar.



 
1.TELUK BAYU FLOATING CHALET

Bagi yang mencari-cari tempat penginapan yang bercirikan chalet terapung, anda boleh memilih untuk menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Bukit Kecil Sungai Petani.
Sesuai bagi pengunjung yang rata-ratanya orang luar terutamanya kaki pancing ataupun yang menginginkan percutian yang tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kotaraya, disinilah antara pilihan yang TEPAT. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan: Memancing, BerBBQ  di verandah chalet anda.. Best!!

 




 2.PANTAI PERANGINAN PENTAI MERDEKA, KOTA KUALA MUDA

Pantai Merdeka adalah antara destinasi yang berdekatan yang boleh dikunjungi jika anda bermalam di Teluk Bayu Floating Chalet, Pantai Merdeka yang merupakan antara pusat peranginan pantai terkenal yang terdapat di sini selain Tanjung Dawai.
 
Image result for pantai merdeka chalet

Image result for pantai merdeka chalet Image result for pantai merdeka chalet

Terdapat juga resort yang menghadap laut dibina jika anda ingin bermalam di Pantai Merdeka iaitu Merdeka Beach Resort. Merasai kedinginan pagi yang berkabus adalah antara pengalaman menarik bagi pengunjung, juga disediakan kawasan lapang bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti BBQ bersama keluarga.

Merdeka Beach Resort

 Image result for pantai merdeka chaletImage result for pantai merdeka chalet
 Antara kemudahan yang terdapat di Merdeka Beach Resort
 

Image result for pantai merdeka chalet

Dengan kadar harga bilik  yang berpatutan, anda bolehlah singgah dan merasai sendiri pengalaman menarik ini jika berkunjung ke sini.



3.CHALET TERAPUNG PPK MERBOK SEGANTANG GARAM


Image result for chalet terapung ppk kuala segantang garam merbok
Antara pemandangan indah ke Chalet Terapung PPK Merbok, Segantang Garam

Image result for chalet terapung ppk merbok.sungai merbok kedah

Terletak jauh dari kesibukkan kota, chalet ini terletak jauh di kawasan perkampungan dengan jajaran pokok bakau yang tumbuh di sepanjang Sungai Merbok . Suasana yang amat mendamaikan bagi pengunjung yang ingin merasai ketenangan dan pengalaman mendengar bunyi unggas & cengkerik di malam hari, bolehlah berkunjung dan menginap disini. Tempahan awal amat digalakkan kerana chalet ini selalunya akan 'fully-booked' apabila tiba musim cuti sekolah.

Kadar bayaran penginapan di chalet terapung itu antara RM40 hingga RM250 satu malam manakala untuk memancing tanpa menginap dikenakan bayaran RM15 seorang tanpa had masa. Antara ikan yang banyak terdapat di sini ialah sembilang, jenahak, kerapu, senangin, gemang dan malong.

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok, Kedah di talian 04-4572117 atau di talian 019-5452412 (Norazieta Othman); 012-4633526 (Mahayadin Ismail) dan 013-4708230 (Abdullah Kancil).


 4. TANJUNG DAWAI

Pekan Tanjung Dawai sebuah pekan kecil terletak berdekatan dengan chalet terapung PPK Merbok, anda bolehlah singgah untuk membeli pelbagai hasil laut yang di jual oleh penduduk tempatan disini. Antara barangan yang anda boleh bawa balik sebagai oleh-oleh adalah seperti belacan tumbuk, keropok ikan, udang, ikan talang masin, ikan kering dan lain-lain lagi.


Image result for jeti tanjung dawaiImage result for jeti tanjung dawai

Sepetang di Tanjung Dawai lepas balik kerja
4. MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
Lembah Bujang terletak di Bukit Batu Pahat merupakan kompleks bersejarah yang terletak berdekatan dengan Pekan Merbok, Kedah. Dahulunya tapak ini ialah sebuah  Empayar Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu purba bertarikh beberapa kurun awal sehingga kurun ke-12, ini merupakan kawasan arkeologi terkaya di Malaysia.

Tahun-tahun berlalu, banyak artifak telah ditemui di Lembah Bujang - celadon, tembikar, perkakas batu, tanah liat , cebisan kaca, manik dan seramik Parsi - bukti yang menandakan Lembah Bujang dahulunya pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa dan entrepot di rantau ini.

 







 5. MENYAKSIKAN DAMAINYA PEMANDANGAN SAWAH PADI
Terdapat beberapa lokasi  pemandangan sawah padi yang menjadi kegemaran saya,  apabila jiwa serabut. Saya kongsikan beberapa lokasi menarik untuk anda jika punya kesempatan datang ke Sungai Petani.

i) Sawah padi di Kampung Bujang, Merbok. Mudah saja jika hendak ke sini, jika anda datang melalui lebuhraya utara selatan anda boleh keluar melalui susur keluar Sungai Petani (U) Sg Lalang ataupun Sungai Petani (S) Park Avenue. Kampung Bujang ini terletak berhampiran dengan MRSM Merbok, jadi carilah papan tanda ke Semeling. 

ii) Sawah padi Jalan ke Kota Kuala Muda - Penaga

iv) Sawah padi ( Sepanjang Lebuhraya Plus ke Alor Setar )

v) Sawah padi Jalan Yan ke Guar Chempedak ( Pemandangan berlatar belakang Gunung Jerai) .

vi) Sawah padi Jalan ke Tanjung Dawai , Singkir ke Yan
Sawah padi - Guar Chempedak



Puncak Gunung Jerai

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...