Tuesday 20 August 2013

Sesungguhnya Allah s.w.t berserta dengan orang-orang yang sabar.......



 salam dan selamat hari raya maaf zahir dan batin....

Hari ini hari yang sedih buat diri saya, betul-betul sedih hari ini mengenangkan sikap sesetengah ahli keluarga saya sendiri. Semoga Allah masih mengurniakan kesabaran dalam diri saya untuk terus bertahan.

Membuang rasa sedih yang bersarang saya keluar dari rumah tanpa ada arah tujuan. Menangis dah penat, kepala pun rasa sakit. Tapi saya pasti perkara ini turut melukakan hati seseorang yang masih menyayangi saya iaitu bakal ibu mertua saya yang amat baik dengan saya. Untuk sementara waktu dia harus terima dan redha.

Petang tadi saya singgah sekejap di sebuah masjid di Bagan, saya berjumpa dengan seorang makcik tua yang dari jauh duduk dikerusi masjid  tersenyum dan melambaikan tangannya kepada saya. Belum saya sampai kepadanya dia sudah menghulurkan tangannya kepada saya untuk bersalaman. Saya menyambut salamnya dan dia bertanya adakah saya hendak bersolat. Saya kata saya hendak pergi ke tandas tetapi tandas kotor dan saya tak selesa.

Duduk bersembang dengannya sambil saya menunggu tunang saya bersolat asar. Makcik ini tadi minta saya memanggilnya 'Tok'. Katanya dia sudah membaca al-quran disini selama 20 tahun. Hari-hari dia datang ke sini. Dia memberitahu yang dia hanyalah sebatang kara dimana dia tidak mempunyai anak, suami dan adik beradik.

Dia bertanya lagi anak ini dah ada anak berapa? saya membalasnya yang saya ini belum berkahwin. Cepat-cepat dia menadah tangan ' Ya Allah, makbulkanlah doaku semoga anak ini cepat-cepat bertemu jodoh yang baik'. Saya hanya tersenyum....

Katanya lagi tok sudah berumur 76 tahun, mata tok masih terang dan telinga pun masih lagi boleh dengar. Nak tahu rahsianya adalah membaca Al-Quran, jangan tinggal. Dulu tok masa masih muda macam anak, tok pernah bersalin melahirkan seorang nak lelaki tetapi Allah dah ambil dia selepas melahirkan dia meninggal. Tok menangis selama 1bulan, jadi ada ustazah nasihat tok datang ke masjid buat amal ibadat dan terus menerus mambaca Al-quran.. sebab anak tok kini sedang menunggu tok di syurga, sambil dia menunjukkan tasbih ditangannya.

Pesannya lagi kepada saya ' Anak, jika ada masalah tok nak bagitau baca dan amalkanlah ' Innallah ha maal Sobirin' insha allah pasti Allah akan melapangkan masalah anak.. Kalau mak di rumah ada sakit lutut ka amalkanlah selawat 3x, baca al-fatihah dan ayat kursi sapulah dengan minyak insha allah sakit akan hilang.

Sebelum saya meminta diri dia meminta saya memberikannya zakat, saya ikhlaskan hati memberinya sedikit pemberian saya niatkan itu adalah sedekah dari saya yang tak seberapa. Saya pandang matanya dan dia begitu gembira katanya tok nak buat beli gas.

Saya tersenyum dan hati kecil saya berkata syukurlah hari saya dapat mengembirakan hati seorang makcik yang tak punya siapa, mudah-mudahan selepas ini Allah menggantikan kepada saya sesuatu yang lebih baik untuk saya.. Sebelum pergi saya sentuh bahunya dan berpesan Tok jaga diri baik-baik, saya kena pergi dulu.




No comments:

Post a Comment

Feel free sharing your thoughts here....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...